BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 29, 2010

CINTA ITU INDAH?

create by nurulanizantasim

benarkah cinta itu indah?
tapi,mengapa mesti berteman air mata?
bukankah sepatutnya cinta itu membuat kita lebih gembira?

aku lalui hari demi hari dengan linangan air mata
tanpa mereka sedari
menghabiskan sisa hidup ini selagi bernafas
adakah itu tandanya yang aku sudah berputus asa dengan hidupku sendiri?

tiada siapa yang tahu
apa yang ada di dalam hati ini
yang aku hanya mampu lakukan
berterusan menunggu apa yang akan jadi selepas detik ini

terlalu lama menelan setiap yang pahit di lembaran diairi ini
sehingga mancapai satu tahap aku berterusan menerima tanpa menolak
diam dan terus diam lagi

luka yang bukan setakat berparut
tapi dah berulat dimakan masa
jika kamu di tempat aku?
mampukah kamu bertahan?

bercerita tentang peluang
membuat aku lagi rasa derita
peluang yang selalu disia-siakan
apakah makna peluang itu sebenarnya?

memang diriku sudah tidak mempunyai nilai
apatahlagi berharga
tapi aku makhluk setaraf dengan kamu semua









nukilan di awal pagi dengan kesan luka yang amat mendalam

0 comments: