BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 12, 2011

FULL STOP

Masuk hari kedua belas untuk tahun 2011 ni.  Dan saya masih lagi di takuk yang lama.  Makin risau jiwa kacau bertambah konpius saya rasa.  Tak tipu,  saya bercakap yang benar-benar belaka.  Perancangan di dalam diari tahun ni makin mengecewakan saya rasa.  Apa harus saya lakukan sekarang?  Kenapa saya selalu diberi pilihan mati.  Macam tak bermakna langsung semua ni.  Seorang sahabat pernah berkata kepada saya yang berbunyi "Akak terlalu kuat sampai bertahan tahap ni".  Hakikatnya saya sering jatuh.  Buktinya,  saya sering berputus asa apatah lagi putus harap dengan orang sekeliling.  Terlalu rapuh benteng pertahanan diri saya ni.  Kamu tak percaya?  Jika tidak masakan saya boleh terfikir mahu membunuh diri. Saya tak suka berterusan macam ni.  Hidup penuh ketidakpastian.  Apa lagi yang saya patut tunggu.  Terus melopong macam ni sampai jatuh tak bangun-bangun.  Itukah yang kamu mahu lihat depan mata kamu dalam diri saya.  Full stop.  Saya inginkan kepastian, keyakinan, bukan terus menunggu macam ni tanpa sebarang progress.  Berikan saya jawapan kepastian.  Berikan saya jawapan.  Saya inginkan permulaan yang saya sendiri nampak.  Bukan statik macam ni seolah-olah terlalu banyak yang kamu telah lakukan untuk hari itu.  Saya bin-gung naik bosan dengan semua tu.  Kenapa kamu suka sangat diketuk sampai bertanda baru ada tindakan.  Saya terfikir, apakah makna saya ni pada kamu jikalau kamu berterusan begitu?  Saya takut kamu terlambat dan saya juga terlambat justeru saya terus mengundurkan diri tanda mengalah untuk menunggu kamu.  Terlalu banyak penantian yang saya lakukan.  Terlalu banyak perkara yang saya "terpaksa" tahan gara-gara kamu.  Sedarkah kamu semua itu?  Memang benar  kata orang "perempuan kalau dah sayang akan sehabis mati pertahankan orang yang dia sayang sampai sanggup korbankan perasaan dan kepentingan sendiri semata-mata orang yang disayang" dan akhirnya saya membenarkan cakapan orang itu.  Bukan bodoh, tapi kepuasan diri untuk dapat yang setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan.  Bukan semua perempuan mahukan balasan material tapi tidak cukup dengan kata-kata mahupon janji manis.  Tapi biarlah berbaloi dengan apa yang dikorbankan.  Biarlah jelas nampak bahawa perempuan ni memang dihargai, memang layak bertakhta di hati seorang lelaki apatah lagi menjadi pendamping seorang lelaki yang mampu melindungi perempuan itu.  Tidak disangkalkan bahawa lelaki ni bersikap lebih mudah tanpa mendalami menyebabkan perempuan sering terkapai-kapai dengan perasaan sendiri. Kenapa kamu sering membiarkan hidup ini terus bosan, tanpa ada apa-apa.  Saya makin runsing.  Banyak sangat persoalan dalam diri saya sehingga membuatkan saya terus berfikir.  Tak bolehkan kamu berfikir untuk kita?  Bukan tentang kamu sahaja.  Saya serius mengatakan semua ini.  Saya terlalu terbeban dengan kamu.  Saya terlalu sakit dengan kamu.  Kamu membiarkan saya terus berfikir tanpa henti.  Kerna saya tidak pernah berhenti berfikir kenapa kamu begitu, apa yang kamu akan lakukan selepas ini, apa perkembangan terbaru, kita akan terus beginikah sampai bila?  Jangan asyik ber jawapan yang sama sahaja, "iya,tengah usaha, tengah itu, tengah ini".  Habis tu saya ni bagaimana?  Terus begini?  Cuba kamu berfikir logik yang lebih,  jangan asyik ikut kepala sendiri, ikut rasional kepala setiap masa juga tidak tepat, kamu perlu juga lihat keadaan sekeliling, saya dah sehabis daya mudahkan semua ni.  Tapi,  masih juga begini.  Saya tak sanggup lagi.  Terlalu lama, terlalu banyak, terlalu menekan.  Full stop again.

0 comments: