BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 9, 2011

Biarkan hati terus berbicara

Assalamualaikum W.B.T....
Pembuka bicaraku di petang ini...


Jam menunjukkan 2.15 minit petang. Teringat akan blog usang yang telah lama aku tinggalkan  ni. Maafkan Cik punya blog ya, dah lama abaikan kamu. Cik ok bukan Puan, I'm not married yet. Cuma kekangan masa yang tak dapat dielakkan. Seingat aku, baru dua minggu lepas aku habiskan novel yang bertajuk "Biarlah YM Berbicara". Cerita yang menarik pada pandangan aku. Jalan cerita pon not bad la. Tapi, macam biasalah novel Melayu yang aku baca setakat ni lebih kurang jalan cerita. Yang bezanya cara penulis menggarap idea puitis mereka. Kalau novel cepat sahaja aku habiskan, dalam sehari setebal 1000 muka surat pon aku boleh habis sampai tak sedar perut aku berkeroncong. Tapi, bukan habit aku membaca sambil berjalan, dalam tren atau kenderaan kerana akan membuat aku mabuk jalan. Aku lebih rela letak nota aku dalam beg dari membaca dalam bas waktu nak ke dewan "exam". 

Hari ni aku nak ulas bait-bait dari petikan novel " Jodoh atau Cinta" yang aku baru habis tatap semalam yang berbunyi :
  

" Adakala bibir tak perlu berbicara tetapi cukup dengan gerak badan, kerana bahasa badan lebih ikhlas menceritakan. "

Adakah ayat-ayat ini memberikan sejuta makna pada anda? Ya untuk jawapan saya. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk meluahkan rasa kasih, sayang dan cinta untuk orang yang mereka sayang. "Orang yang kita sayang ni" tak bermaksud hanya kekasih tetapi juga bermaksud ibu bapa, ahli keluarga, sahabat mahupon kawan-kawan kita. Mungkin ada yang berpendapat dengan memberi atau mengirim wang setiap bulan dengan ibu bapa kita sudah memadai menunjukkan kasih sayang kita. Tapi, sedarkah kita bahawa ibu bapa kita tak memandang wang kita berikan tapi cukuplah menjenguk mereka di kampung atau sekadar bertanya khabar walau sekadar seminit dua di telefon. Mahal sangatkah bil telefon yang kita kena bayar berbanding pengorbanan yang mereka telah lakukan? Fikirkan sejenak wahai teman.....

Bagi saya yang telah kehilangan ibu sejak setahun lepas dengan keadaan abah yang memang tak sihat sejak tahun 2007 memberi saya seribu macam dugaan. Alhamdulillah, saya masih tabah sehingga saat ini. Berdepan dengan pelbagai ragam manusia biarpon dengan sedarah daging sendiri. Tak semua yang orang lihat pada pandangan mata (zahir) itu benar. Apa yang tersirat disebalik hati itu kadangkala tersirat berjuta permasalahan yang tidak mungkin dilihat oleh orang lain. Hanya diri kita sendiri yang tahu apa yang tersirat disebaliknya. 

Saya bukanlah orang yang pandai berpuitis untuk menyatakan rasa kasih, sayang atau cinta saya pada orang yang saya sayang. Saya lebih berminat bermain dengan hati daripada mengeluarkan kata-kata. Mungkin inilah kelemahan saya yang terbesar. Hati dan gerak badan. Saya puas dapat melihat orang yang saya sayang kenyang perut dapat makan apa yang saya masak. Saya puas dapat melihat orang yang saya sayang memakai pakaian yang bersih. Saya puas dapat melihat orang saya sayang gembira melihat apa yang buat untuk mereka. Saya sangat gembira bila mereka gembira. Saya sangat gembira bila sentiasa bersama mereka. Saya sangat gembira bila mereka sentiasa di penglihatan saya supaya saya tidak perlu risau bia saya perlu pergi untuk meninggalkan kerana mereka sentiasa di hati saya.

Begitulah pentingnya alam perkahwinan, bila mana kita tidak perlu risau akan kemanisan kata-kata. Seharusnya, ikatan perkahwinan itu sudah menjadi bukti yang kukuh mengenai perasaan kasih, sayang dan cinta kita terhadap pasangan. Berlainan dengan ibu bapa kita, perasaan itu ditunjukkan dengan ketaatan kita serta rasa hormat kepada mereka. Dengan menjaga hati mereka dan jangan sesekali mengingkari mereka. Tunjukkan kasih sayang anda sehingga akhir hayat mereka, kerana di dunia ini kita cuma ada seorang ibu dan seorang bapa sahaja berbeza dengan pasangan, sahabat mahupon teman yang kita boleh tukar ganti.

Rasanya celoteh saya berhenti setakat ini dahulu. Sebelum saya mengundurkan diri izinkan saya menulis beberapa baris ayat lagi. Tunjukkanlah rasa kasih, sayang dan cinta anda sebelum terlambat. 

P/S : Maafkan Cik punya blog dah mendelete post sebelum ni. Biarlah ruangan blog ini lebih fresh agar kenangan lama bisa luput dari ingatan biarpon agak susah sebenarnya.

Sekian, Wassalam.
 

0 comments: