create by nurulanizantasim
Subuh tadi aku terjaga, sayup-sayup kedengaran suara mak panggil aku. Nurul...Nurul...Bangun, subuh dah ni. Bila aku terjaga dah, memang azan subuh. Sebaknya aku dengar suara mak tu. Alangkah bersyukurnya aku dapat berjumpa dengan mak walau dalam mimpi sekalipon. Aku tak pernah mimpikan arwah mak sejak mak meninggal. Tak pernah lagilah aku alami kejadian yang aneh-aneh lagi ganjil setakat ni. Pagi ni ada interview, tapi aku tolak, sebabnya tak berbaloilah untuk aku terima kerja tu lagi. Untuk jangka masa panjang mungkin ya, tapi kena bermula dari bawah lagi? Aku dah ada degree tapi kena dapatkan diploma bermula dari bawah lagi? Mungkin tidak jawapan untuk soalan itu.Makin sesak otak dan nafas aku ni fikir hal kerja. Lepas raya ni kalau aku tak dapat lagi kerja tetap memang confirm dan aku tekad mahu berhijrah. Aku dah penat berterusan macam ni. Langsung takda kehidupan. Pasangan sendiri pon tak faham diri aku ni. Aku mula rasa bosan kalau berterusan macam ni ja. Aku rasa semua perancangan tu mula hancur satu demi satu. Aku akan berhenti untuk memikirkannya dan mengharapkannya. Sangat penat jadi orang yang berharap ni. Perasaan takut tu lebih kuat dari yakin. Kenapa dia tak cuba memahami? Bila jadi silap faham ja mengharapkan aku lebih faham dia, tak pernah ka dia fikir betapa berat penderitaan yang aku tanggung ni. Kenapa mahu tambah air mata kesedihan lagi dengan aku ni? Tak cukup lagi tengok aku macam ni? Tak puas hati ka selagi tak tengok aku mengalir air mata. Seakan-akan air mata murahan dah aku rasa. Hari-hari aku menangis. Sejak mak takda hari-hari aku menangis. Macam aku ni insan teraniaya ja, entah siapa mahu bela aku ni, dahlah macam kena buang keluarga sendiri, mengharapkan pasangan sendiri di masa memerlukan mesti ada silap faham, missconnection. Tak fahamlah aku. Kadang kala buat aku berfikir, kenapalah aku mahu teruskan hubungan yang tak kukuh ni. Kalaulah takda perjanjian antara kami ni. Memang serius aku mahu hidup sendiri ja. Setiap yang aku lakukan mesti kena fikir kena jaga hati dan perasaan banyak pihak. Tapi kenapa orang lain sesuka hati buat apa yang mereka suka? Kenapa aku perlu jadi skema macam tu? Macamlah orang lain mahu sibukkan diri fikir hal hidup aku ni?
Lepas ni aku dah malas mahu fikir apa kesan dengan orang lain setiap tindakan yang aku buat. Lebih baik aku fikirkan masa depan aku dulu. Orang lain selalu sellfish untuk kepentingan sendiri kan? Why not aku pon buat begitu? Penat jadi orang baik ja, jadi jahat selalu pon siapa juga yang mahu kisah kan? Buat baik pon tak dipandang langsung, sebelah mata pon tak dipandang, lainlah kalau buat jahat kan, sampai mati diingat orang, sangat pelik habit yang macam ni.




0 comments:
Post a Comment