create by nurulanizantasim
Lama sangat dah tak update blog teman sejati ni, aku bukan melupakanmu cumanya masa amat tidak mengizinka. Menyiapkan report yang banyak serabutkan otak serta hidup aku ni. Walaupon penat tapi aku suka aku terlepas pandang banyak masalah aku. Tapi masih jugalah fikir sedikt, taklah sebnayak dahulu. Rutin aku setiap hari isnin hingga jumaat hampir sama. Pergi kerja 0815am balik pula 1740pm aku dah terpacak mahu keluar opis untuk punch card. Huhuhuhu. Kerja amatlah teruk. Memang macam ni ka kerja dengan company cina ni? Kerah tenaga habis. Semua kerja buat sendiri. Dari A sampai Z buatlah engkau sendiri. Macam-macam kerja dah aku buat. Kira stok, cek stok, buat report, key in sale untuk sebulan. Bayangkanlah dalam sehari ada 100 item yang dijual 100 tu jugalah yang mau di key in. Itu baru satu kaunter untuk sehari, aku pegang 15 kaunter darab dengan 30 hari. Cuba anda bayangkan? Hujung bulan cek report dan buat report sekali. Kalau promoter yang ok takpa. Kalau promoter yang buat cuma ala kadar sangat-sangat sakit hati. Ada yang hantar paper report tak serupa report dah macam boleh bungkus nasi lemak tau. Sabar sabar, jangan marah.
Nak tau cerita? Aku gaduh dengan promoter kurang ajar tu sampai sekarang. Aku buat tak layan ja dia tu. Padan muka, Siapa suruh kurang ajar sangat, kau ingat aku desperate sangat ka mahu kerja di sana tu? Bila-bila ja aku boleh berhenti. Dahlah consignment kamu tu balik-balik ganti, nanti aku tambah sejarah pula, biar report kau langsung tak siap. Lain kali jangan kurang ajar berlebihan, baru ja minta maaf, tiba-tiba esoknya kau marah-marah aku depan orang pula. Kau ingat aku ni anjing apa? Suka-suka hati kau ja. Dah, hilang mood dah pagi ni.




0 comments:
Post a Comment