create by nurulanizantasim
Semakin melampau eh aku rasa orang sekeliling aku ni. Baru tadi orang tu suruh bayar balik duit dia. Dia dah pakai duit dia dulu untuk bayar something. Kiranya guna duit dia dululah, nanti pencen keluar bayar balik dengan dia. Aik??? Bingung sendiri aku. Dulu bukan main lagi cakap ada lagi yang sorang tu berkira tol mahu bayar itu ini. Sekarang ni dia pon sama juga. Tak fahamlah aku. Aku pon jawablah bukan dengan aku kad atm tu dengan yang lagi sorang. Aku pon suruhlah dia gtau dengan yang lagi sorang jangan bayar kereta untuk 2 bulan yang dia suruh tu sebabnya aku takda kredit. Bolehnya dia jawab, seumur hidup takda kredit, bangang punyaorang!!! Suka hati akulah aku mau topup ka tak, bukan juga aku pakai duit kau kalau aku mahu topup!!! Tak pernah pon aku minta sejak berapa lama dah walau sesen dari kau tu!!!! Pigi jahanamlah kau!!!
Lepas ni aku rasa aku taknaklah cerita dengan sesiapa lagi masalah aku, rasanya orang lain pon mungkin dah bosan dengan cerita masalah aku nikan?? Mesti dah muak kan? Mesti dalam hati ada terdetik, hey perempuan ni dah takda cerita lain ka asyik dengan masalah sahaja. Mesti pernah kan??? Kalaulah betol seseorang tu sudi untuk mendengar, sudi untuk berkongsi segalanya dengan aku, mestilah takkan tertidur lebih-lebih lagi waktu macam tu. Dengan linangan air mata lagi, rasa sebak lagi, kesedihan yang melampau yang tak dapat diukir di mana-mana pon. (apa aku merepek ni?). Dahlah seawal pagi aku disindir dengan perkara paling bodoh, berkaca dah mata aku asa drive kereta pagi tu, tapi aku tahan ja, tapi petang tu memang tak boleh mahu tahan. Diambah lagi semalam aku betul rasa kesal yang amat sangat. Aku serba salah seolah-olah aku ni dah paksa seseorang untuk melayan perasaan sedih aku, untuk mendengar masalah aku, untuk berkongsi masalah aku, padahal baru sahaja berdiskusi BAHAWASANYA DIA SUDI UNTUK BERKONGSI SEGALANYA DENGAN AKU, AKAN SENTIASA ADA UNTUK AKU BILA-BILA MASA. Tapi sayangnya, semua tu tak sama seperti yang dia cakap sebelum tu. Aku baru tersentuh hati bila kata-kata tu keluar dari mulut dia. Malangnya,cuma ungkapan manis sekadar di bibir sahaja, takda maksud ka? Tak apalah lupakan sahaja. Hidup ini realiti kan? Tak semua orang dapat bahagiakan kita, cuma diri sendiri peneman setia untuk layan diri sendiri bukan orang lain. Kekuatan itu datangnya dari diri kita sendiri. Orang lain takkan mampu bagi kekuatan untuk kita sekiranya kita tak mampu bina kekuatan itu sendiri. Wish me gud luck. Aku mahu perubahanpada diri aku. Aku dah letih sangat-sangat macam ni. Aku bosan sangat-sangatlah bosan. Aku tak suka kehidupan macam ni. Kehidupan yang begini cuma mengajar aku untuk lebih membenci, berdendam dan ingin melupakan. Aku benci kehidupan aku setakat ini. Aku ingin cipta kehidupan aku sendiri.
Lepas ni aku nak biasakan diri taknak asyik ada kredit. Biarlah takda kredit. At least aku tak mencari sangat. Aku takdala ke hulu ke hilir dengan telefon. Aku selesa macam tu sebabnya aku tak perlu mencari orang lagi. Tak perlu risau ada SMS atau tak, ada call atau tak, semuanya macam jadi tak penting. Kadang-kadang sampai aku rasa aku mahu bagi tinggal sahaja HP dalam bilik. Dibawa ke mana pon tak guna juga. Bagus disimpan sahaja. Hari kerja ka, hari cuit ka sama sahaja bagi dia. Kalaulah macam ni, lebih baikkau cari kerja yang 7 hari takda cuti. Tak payalah fikir lagi hal mahu luangkan masa dengan dia. Tak paya fikir mahu dia tahu hal aku lagi. Sebabnya aku memang busy kerja 7 hari seminggu, takda masa mahu fikir hal lain. Aku tak tahu apa lagi yang dia mahu sebenarnya, aku dah bertolak ansur, hari kerja aku consider lagi mahu tidur awal, tapi hujung minggu pon macam tu? Wondering sangat-sangat. Dengan aku sekali macam takda kehidupan. Aku malas dah mahu fikir semua ni lagi. Enough is enough.




0 comments:
Post a Comment