BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 17, 2010

KILLING MYSELF AGAIN

create by nurulanizantasim


Sepertti yang kujangkakan perkara itu akan berlaku jua. Berbaloi sangat membalut kotak semalam. Macam ada satu instinct yang sangat kuat mengatakan yang aku mungkin akan dihalau keluar dari rumah ini. Memang benar perkara itu sudah terjadi. Aku jua menantikan ayat itu keluar sendiri dari mulut seseorang. Ibaratnya aku ni sekarang keluar mulut buaya tapi dibaham singa selepas itu.

Bangun pagi ni entah kenapa ada suatu perasaan yang amat aneh dalam diri ini. Mungkin satu petanda yang amat buruk. Dengan kerajinan yang ada aku membasuh kain. Sambil masak sayur kangkung. Tengah-tengah masak bunyi bising di luar. Angin apa lagi kali ni, padahal baru sahaja bergelak ketawa dengan aku kemarin petang. Seperti biasa abah mengadu tiada sarapan. Ada pon biskut depan mata tu. Bukan sarapan ka namanya? Aku sendiri pon makan biskut tadi. Kadang-kadang sarapan pon aku tak kenal apa dia. Disebabkan makan hati perut ini selalu mengenyangkan diri. Macam tak kenal rasa lapar. Takut benar untuk makan banyak, nanti timbul lagi bermacam-macam spekulasi. Sudah tidak tahan untuk mendengar semua itu. Bukan dimarah pon abah tu, cuma geram, bukan nak beritahu nak makan apa. Bukan aku tak pernah tanya setiap kali aku keluar aku tanya nak kirim apa, nak makan apa, tapi dijawab dengan gelengan kepala. Aku bukan ahli fikir!! Aku sendiri pon banyak perkara yang mahu difikir yang mahu diselesaikan. 

Lain kali beritahulah mahu makan apa, jangan diam-diam, bukan kami tahu kalau abah diam-diam.

Aku ada duit, sekarang ni bagi beli aku pizza!!

Dengan mood yang kurang baik, aku semakin geram ingat saya pakai duit abah ka kalau saya keluar?? Sama sahaja abah dengan anak abah yang di KL tu kuat sangat mengungkit. Ingat saya suka ka mahu duduk dalam rumah ni?? Dia pernah cakap saya ni yang layak keluar dari rumah ni sebab langsung takda bagi duit langsung untuk siapkan rumah ni. Air mata terus laju mengalir. Banyak kali dah saya cuba mahu bunuh diri sebab tak tahan dengan semua ni.

Kenapa kau tak beriahu dengan aku? Suka hati kaulah keluarlah dari rumah ni.

Dengan perasaan yang sangat kecewa mendengar kata-kata itu. Aku terdiam terus seribu bahasa. Ingin sahaja aku lari terus waktu itu.

Aku betul-betul rasa terhina dengan apa yang terjadi hari ini. Bilalah semua ini akan berakhir?? Tak pernah berhenti dari mendapat tekanan yang dahsyat. Kali ni aku betul-betul jatuh. Aku dah tak dapat bertahan lagi. Aku sudah tidak mampu untuk teruskan semua ini. Kalau yang lain kena halau masih ada alasan untuk terus tinggal dalam rumah ni sebab berhak melabur duit siapkan rumah ni. Tapi aku? Siapalah aku ni untuk membidas semua tu? Alasan seorang anak? Sudah begitu lama aku rasa bukan anak kepada sesiapa. Semakin mati rasanya jiwa aku ni. Makin tenggelam dengan angan-angan sendiri. I'm hopeless. Tq

0 comments: