create by nurulanizantasim
Memang sangat betul la. Sangat lama tidak mengupdate blog. Mesti Ed Rose naik bosan takda bahan bacaan. Sabar-sabar nantikan ceritaku ini.
11hb Jun 2010
Sangat gembira untuk hari ini. My sayang buat kejutan paling besar untuk orang tersayang. Siapa orang tesayangnya tu?(Sila jawab sendiri). Petang tu aku hantar SMS yang berbunyi "rindu sangat dengan abang, love you so much". Erm. Apakah maksudnya itu? Hehe. Kami sahaja yang tahu. Rahsia. Sampailah dia menghilangkan diri seharian rasanya FB pon tak dijenguk. Takpa-takpa bisik hatiku, aku tak boleh buat hal dia busy buat kerja. Sesudahnya selepas maghrib dapat SMS dari dia lagi yang berbunyi "geram!!!". Apakah? Aku ada buat salahkah hari ni? Aku pon bertanya untuk kepastian. Rupanya terkandas di Menumbok. Tapi hati ini bermonolog dalaman. Bukan sepatutnua hujung bulan ada pembentangan kertas kerja di Beringgis? kenapa tiba-tiba terpacak di Menumbok pulak? Aku membingungkan diri dengan pelbagai soalan. Akhirnya kejutan untuk aku, balik on the spot tanpa dirancang gara-gara baca SMS aku petang tu dan juga disebabkan aku demam sebelum tu. Taubat lepas ni takmau dah hantar SMS macam tu lagi secara mengejut. Nanti abang asyik balik ja. Aku tak boleh terus dimanjakan nanti lebih-lebih pijak kepala. Hampir malam baru abang sampai, rasa hati mahu jumpa juga waktu tu. Tapi, tak boleh, kesian dengan abang masih penat lagi kan. Takpa-takpa esok pagi baru jumpa. Boleh tatap puas-puas muka abang. Entah kenapa bila tengok muka abang ja seolah-olah ada satu kekuatan untuk aku teruskan kehidupan aku, aku lebih bersemangat, walau penat sekalipon semua tu hilang sekelip mata bila dapat tengok abang senyum dan ketawa. Itulah hakikat sebenarnya, walau marah pon rasa tenang ja tengok muka abang. Malam tu tak dapat tidur dengan tenang sebab tak dapat dengar suara abang. Abang dah melenakan diri dengan air liur. Hehehehe. Jam 0300am baru dapat tidur dengan lena sebab abang call pagi-pagi buta tu. Aku dah SMS sebelum tu kalau terbangun call aku balik. Sebabnya aku tak dapat melenakan diri.
12hb Jun 2010
Plan sebenar aku nak ke pasar beli lauk dalam 0800 am area rumah jela. Lastly awal pagi dikejutkan abang suruh bangun. Aku terpinga-pinga awalnya lagi, dahlah aku tidur lambat semalam. Abang cuma cakap suruh bangun pergi pasar, bersiap sekarang. Apakah maksudnya itu? Pergi bersama-sama ka? Owh, baru aku faham niat sebenar. Aku pon menyiapkan diri dan menunggu kedatangan orang tersayang. Sekali lagi aku ingat cuma ke pasar kecil-kecilan rupanya pasar besar di KK. Kalau aku sorang, sampai kiamat aku tak jejak pasar besar KK tu kalau takda kawan. Akhirnya sampai jugalah di sana. Memanglah banyak pilihan dan segar-lagi tambahan pulak dengan harga yang berpatutan murah sangat berbanding pasar kecil. Aku cuma cakap mahu ikan apa, yang pilih ikan abang, hehehe. Sengaja wangikan tangan abang dengan perfume semulajadi. Aku tak suka dengan suasana yang ramai orang penuh sesak. Aku mula risau, takut, tak selesa, kurang senang, tidak suka, mula nervous, terus jadi blur, senang cerita aku memang tak suka ke tempat yang ramai orang. Lepas beli lauk, cari restoran yang jual pau. Singgahlah sekejap di Sinsuran, belum sempat aku turun aku dah diserbu budak-budak yang minta sedekah, aku memang dari zaman sekolah sangat takut dengan orang-orang yang minta sedekah ni even cuma budak. Aku sangat takut sehingga menyebabkan aku masuk ke dalam kereta kembali. Tapi tak dapat nak tutup pintu kereta sebab budak tu dah tahan. Menambahkan lagi ketakutan aku. Seriously, aku bukan geli atau rasa hina dengan golongan ni cuma aku memang sangat takut dari zaman sekolah lagi sanggup sembunyi di belakang kawan aku yang sangat kecil, Wawa Cendol. Ini gelaran untuk kawan aku dulu-dulu sampai sekarang melekt nama ni. Masa mahu tutup pintu tu tetiba macam terperasan someone. Hahahaha. Guess, who? Aku nampak keksaih gelap sayangku, tak tahu perasaan masa tu macam mana. Bukan taknak tegur, tapi aku dah dihimpit budak peminta sedekah tu, mesti dia ingat aku nak larikan diri dari dia kan. But, please, aku tak bermaksud, aku memang nak masuk dalam kereta masa tu sebab takut. Aku just senyum jarak jauh jela. Aku pon inform dengan abang kekasih gelapnya itu, sengeh-sengeh macam kerang busuk. Ada pulak buat-buat tak tau bila aku cakap. Nasib tak angin satu badan. Tukar plan ke Kampung Air pulak, mana ada kedai jual pau awal-awal pagi macam ni. Tukar menu beli mee goreng sahaja untuk sarapan abah. Turut mengorder minuman panas sambil menunggu order siap. Dalam kedai mamak pon masih lagi bersembang kami ni. Memang banyak sangat story. Balik sahaja ke rumah, dengan plan sangat menarik, bakar ikan time. Abang jadi mangsa untuk membakar ikan, dan aku pulak cuma masak sayur kiranya aku mau masak kari ayam, dah siap beli bahan, tahu-tahu balik ja makcik dah masak sup ayam tu. Erm. Sedikit kekecewaan. Suppose aku yang kena masak sebab abang dah mengeluh dah lama tak rasa masakan aku. Mesti mula dah mahu bermanja-manja kan? Makan dengan enak sekali. Yummy. Menjilat jari. Lupa ambil gambar. Ikan bakar, sambal kicap, ikan masin, sayur kangkung tumis belacan. Tak sedar dah masuk tengah hari, mengundurkan diri dari rumah mahu bersiar-siar. Mula-mula ke Suria, di situ sudah ada tanda-tanda mood aku tidak baik. Semakin diesak dengan pelbagai soalan. Aku makin rimas, rasa ingin menjerit, tapi gagahkan juga diri. Pusing-pusing di Suria macam takda hala tujuan, kaki dah makin sakit, mengharapkan agar dia betul-betul serius untuk tunaikan 4 benda yang dilupakan. Aku paling pantang dengan ajakan ayam. Seolah-olah menunjukkan antara mahu atau tak. Aku masih lagi menebalkan muka harap agar dia faham. Dah tawaf banyak tempat gara-gara mencari Secret Recipe. Memang sangat secret la tempat ni. It's cake time. Bermakan-makan sampai tak larat dah nak telan. Lepas makan menuju ke tempat park. Masuk sahaja dalam kereta baru separuh jalan, tiba-tiba aku mendapat berita yang sangat menggemparkan sehangat berita Tsunami. Antara kuat atau tidak untuk aku dengan semua tu. Tapi aku pujuk hatiku sendiri. kena kuat, kena tabah, jangan nangis kena tenang. Biarpon di luar aku nampak normal tapi dalam hati aku dah nangis sepuas hati. Tolong, aku mahu lari sejauhnya, aku mau sembunyi selamanya. Jauh dari semua ini. Tidak sanggup mahu dengar. Mendengar respon yang sebegitu menambahkan lagi kesesakan di dalam jiwaku ini. Kenapa dia tak menenangkan hati aku yang gunda gelisah ni? Itu yang membuatkan aku sangat kecewa sehingga membuatkan aku rasa mati untuk menerima masa itu. Seolah-olah aku memaksa diri untuk senyum, ketawa, berpura-pura yang aku sangat cool untuk terima semua tu. Owh, tidak!! Aku sangat tidak baik dengan semua ni. Di dalam surau aku menangis sepuasnya, sepuas hati sehingga dilihat jemaah lain di dalam surau tupon aku dah tak peduli. Ingin balik naik bus semua barang dengan dia. Yang ada hanyalah selfon di dalam kocek seluar ni. Batalkan niat itu. Keluar dari CP menuju ke KK Plaza. Memang pelakon hebat la aku di sana. Melayan ja karenah dia shopping. Padahal dalam hati ni membara-bara dah. Takda perasaan langsung. Yang ada hanyalah kesedihan. Sebenarnya aku tertunggu-tunggu kalau betul dia nak bagi harta karun tu. Tapi macam takda tanda-tanda yang aku rasa. Malam tu suppose aku kena balik rumah abang tidur sana sebab ada hal keesokan harinya. Tapi semua batal kakak ipar dah call gerak sendiri jela aku keesokan harinya. Solat di Masjid Bandaraya. Selesai solat makan di Tg. Lipat. Aku makan biasa dengan normal. Sebenarnya masih mengharap kalau-kalau abang masih teringat dengan janji abang tu. Tapi, macam mustahil sahaja sebabnya malam semakin menghampiri. Baiklah, mula terima hakikat. Siap sahaja makan, besantai sekejap, jauh aku termenung, banyak sangat rasanya yang aku fikirkan, aku menangis di dalam kereta tapi diendahkan begitu sahaja. Sangat sebak, rasa mau buka pintu kereta masa tu. Mau terjun terus. Aku sebenarnya mengharapkan dia menenangkan aku dengan ayat-ayat yang beri aku kekuatan, yang buat aku terus percaya dengan dia dan hubungan ni. Tapi, malangnya sebaliknya yang aku dapat. Aku sangat sedih, balik rumah dengan rasa hampa, macam orang yang mati perasaannya. 2300pm, sebelum tu sempat SMS dan call luahkan apa yang patut. Aku masih tenang untuk berbicara, tidak macam selalu bila marah aku hilang kawalan sampai mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Abang semakin tidak berpuas hati, ajak berbincang face to face. Aku kena fetch balik di rumah. Suasana sepi sangat dalam kereta. Berhenti tepi jalan untuk mulakan bicara. Aku makin senyap seribu bahasa. Mencari kekuatan untuk mulakan kata-kata. Akhirnya aku dapat cari kekuatan itu mencuri-curi melihat wajahnya ketika sedang leka memandu. Tanpa dia sedari. Ikut hati, mulut ini inginku kunci sepenuh hati tanpa perlu berbicara. Tapi, aku masih mengharapkan agar diberi peluang bahawasanya aku sudah cukup dewasa untuk tentukan jalan hidup aku. Masih tidak cukup lagikah kedewasaan aku di dalam melayari kehidupan sebagai seorang yang sentiasa diduga sehingga satu tahap di mana aku terasa diri tercabar, sehingga ada satu masa aku hilang akal dan tiada hala tuju. Nasib masih ada teman yang bersungguh-sungguh tidak pernah putus memberikan aku nasihat sehabis daya. Terima kasih yang tidak terhingga. Lama benar ku rasa masa berlalu. Air mata tidak pernah berhenti menemani diriku malam itu. Aku teramat sedih tak terucap, aku sangat mengharapkan dia agar bawa aku pergi dari sini secepat yang mungkin, jika tidak, aku terpaksa memilih jalan yang lain, aku terpaksa korbankan segalanya asalkan aku dapat mengubah hidup aku yang melarat ni. Maaf untuk aku katakan bahawasanya aku tidak dapat bertahan untuk masa yang lama. Kiranya masa lama benar berlalu tinggalkan diriku ini. Kerna itulah juga aku inginkan masa yang ada dihargai bersama, aku takut masa itu akan terus berlalu tinggalkan kita dengan kehidupan bersendirian. Aku inginkan masa yang ada diguna sebaik mungkin agar bila perkara yang sangat mustahil terjadi ada sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila walaupon sakit yang ditanggung. Hidup ini memang penuh dengan ketidakpastian kan? Apa yang kita inginkan impikan belum tentu dapat digapai. Jalan hidup untuk diriku terlalu sukar, mungkin beban yang terlalu berat menyebabkan aku perlu menjadi orang yang sellfish agar aku dapat rasa erti kebahagiaan. Kadang-kadang orang lain hanya memikirkan dari satu sudut tapi tidak pernah meletakkan diri mereka di atas satu sudut yang lain. Memang benar kita tidak akan dapat merasa keperitan orang lain, cuma dapat mendengar dan melihat, tapi sedarkah kita, kita masih punya mata hati untuk menyelami perasaan seseorang. Jangan sesekali butakan mata hati itu, sekali kita butakan mata hati itu, ia akan hilang dengan sekelip mata. Malam itu, terasa itulah kali pertama aku dapat bicara soal hati aku secara besemuka dengan abang, luahkan apa yang aku rasa dengan tindakan yang abang lakukan. Seumur hidup aku tak pernah lakukan semua ini. Perlukah aku terus berharap lagi? Masih adakah harapan untuk nikmati kebahagiaan aku sendiri? Sampai bila aku mengharap terus? Semuanya makin tidak pasti, puas ku pujuk hati ini supaya tidak mengharap lagi perkara yang tidak mungkin terjadi. Tapi, itulah hakikat, hidup ini sudah pasti, aku harus belajar untuk terima realiti kehidupan. Tidak semestinya semua terjadi seperti yang aku harapkan, aku perlu bangkit tinggalkan semua beban yang ada di belakang, aku perlu berani dengan keputusan yang aku akan buat. Mungkin entri kali ini akan melukakan hati abang.Tapi, jujur untuk ayang katakan, tak sanggup untuk terus berada di takuk yang lama. Makin lama jiwa ni mati. Hampir mati dah semuanya. Macam yang Pika cakap, ayang bukan yang dulu lagi. Jauh sangat bezanya dengan ayang yang dulu. Macam bukan diri ayang lagi yang sekarang ni. Yang tinggal cuma ayang yang hipokrit, terus tenggelam dengan angan-angan sendiri, penuh dengan rasa marah, perit menanggung dugaan hidup. Orang lain cuma boleh melihat mendengar, tapi bukan untuk merasa.
suap jgn tak suap
kek yang sangat sedap
13hb Jun 2010
Seawal pagi journey ke Karambunai. Seharian di dalam dewan terasa seperti bertahun-tahun dah aku kena penjara dalam tu. Sangat bosan tapi sangat teruja tengok duit. Kalaulah semudah itu mendapat duit. Tapi hakikatnya tak, semua kena usaha. Takpa, tinggalkan mode duit ini dahulu. Sesampai di rumah dalam 1900pm bergegas mandi, solat dan bersiap, sebenarnya takdala rasa nak keluar ke mana pon. Memang takda mood. Tapi disebabkan taknak lukakan hati orang tersayang aku tunaikan juga hasrat insan tersayang temankan abang membeli barang. Baiklah, ku turutkan juga, biarpon yang sebenarnya aku sangat penat, penat menangis, tak cukup tidur, tak cukup rehat. Tapi semua tu hilang bila aku dapat lihat abang gembira keluar dengan aku. Segala sakit itu akan hilang bila melihat orang yang kita sayang gembira dan bahagia. Itulah kepuasan dalam diri aku bila dapat buat orang gembira even aku seorang yang rasa sakit. Aku memang tak pernah mau peduli perasaan sendiri bila aku rasa aku nak gembirakan orang lain. Malam tu abang beli sepasang kasut, aku layan jela. Pusing-pusing dalam CP tu tambah buat aku pening. Nasib baiklah tak ramai sangat orang. Abang ajak pergi ke sebuah kedai, memang hati ni sungguh-sungguh menolak. Bukannya apa, rasanya macam dah tak perlu lagi nak bagi benda tu. Lagipon aku tengok abang dah banyak sangat pakai duit untuk beli barang sendiri, yang tu, masih boleh postponed lagi. Sebenarnya aku memang dah tak kisah dah pasal hal tu. Sebab aku dah mula untuk lupakan. Tapi entah kenapa abang masih beria-ia lagi mahu buka ceirta tu. Kalau boleh aku nak dia tolong aku bagi lupa bukan bagi ingat. Sampai satu kedai, aku tolak lagi pelawaan abang, lastly aku pilih untuk duduk di suatu sudut. Mula terasa penat. Lamanya menunggu, entah apa yang mahu dipilih lagi. Bukannya tahu saiz aku pon. Rungutku dalam hati. Dengan harapan abang dah berputus asa untuk memilih. Hehehehe. Then, keluar dari CP menuju tempat untuk makan time. Diajak makan McD pon aku tolak. Sebenarnya, masa tu memang teringin sangat mahu makan McD dengan McFlurry Oreo. Peerrghhhh, sedapnya. Tapi disebabkan kedegilan sendiri aku terus egokan diri. Entah kenapalah macam tu. Sesampainya di tempat makan yang dipilih, di dalam kereta melayan perasaan. Tak tau mau tunjuk reaksi yang macam mana masa tu. Tak sangka apa yang abang pilih cukup muat di jariku itu. Buat pertama kalinya aku pakai benda-benda seperti ini sebenarnya. Ayat yang aku tak tahan sebak mahu dengar yang aku pernah katakan dengan abang "ayang tak kisah abang bagi apapon ayang terima sahaja", walaupon nilainya cuma satu sen kalau sesuatu yang diberikan oleh abang aku sangat hargai. Perempuan ni memang macam tu ka? Aku yang perempuan nipon kadang-kadang pelik sendiri. Takpa-takpa,aku tetap perempuan untuk selamanya kan. Malam tu seolah-olah memberikan aku harapan baru, tapi benarkah harapan? Semuanya di luar kawalan aku. Malam itu juga, entah kenapa aku rasa berat hati sangat untuk lepaskan abang balik Labuan keesokan harinya. Oleh kerana abang macam dah bagi green light sahaja mahu MC, aku pon apa lagi tidak melepaskan peluang, ayat manja sebelum balik "tak payalah abang balik sok, balik lusa sahajalah". Hehehe. Disambut dengan senyuman. Yeah yeah yeah. Itu yang aku mahu sebenarnya. Tambah berbunga-bunga hati seseorang itu. Itu maknanya esok boleh jumpa lagi. Mahu luangkan seberapa banyak masa yang ada untuk bersama dan untuk lebih memahami antara satu sama lain. Benarlah kata orang masa tidak boleh dijadikan pengukur untuk kita memahami orang lain. Tidur yang amat lena malam itu. Dengan senyuman dengan penuh harapan. Paling penting penuh kegembiraan dapat lihat abang senyum lagi, dapat tatap muka abang lagi.
makan tyme wif my hubby
14hb Jun 2010
Bangun pagi-pagi tu aku bersiap untuk masak tengah hari. Paling penting masak sebab abang nak makan di rumah. Rasanya macam dah jadi kebiasaan macam tu. Kalau boleh setiap kali abang datang nak rasa air tangan aku. Hehehe. Patutlah lekat tak boleh dah tinggal-tinggal dan paling penting tak toleh belakang dah. Ayang tak bersalah tau buat macam tu. Menu hari tu cuma ikan masak merah, ikan masin dan sayur kacang buncis sahaja. Nasib baik ditelan juga. Dah masuk tengah hari, mulalah perjalanan ke Putrajaya kiranya mahu buat IC tapi malangnya ramai sangat orang, batalkan niat, berjalan-jalan ke 1B, penat mencari kedai kasut dan jam. Sebabnya aku nak cari sandal yang boleh dibawa jalan-jalan dengan amat selesa. Seterusnya kedai jam untuk cari jam yang sesuai untuk abang. Akhirnya, jam sudah dijumpai, tapi kedai kasut yang berkenan di hati tak jumpa di 1B. Keluar dari 1B ke UMS menghantar borang, tapi dapat rasa confirm tak dapat kalau dah begitu responnya. Tak apalah mungkin masih bukan rezeki aku lagi. Hujan turun dengan sangat lebatnya. Banjir kilat melanda bandar KK. Memang teruk rasanya. Singgah di Wisma Merdeka abang nak makan Takoyaki. Akhirnya jumpa kasut yang sesuai. Bukan kasut untuk bergaya cuma untuk keselesaan bila berjalan-jalan. Tak suka memakai kasut yang menyakitkan. Bukan habit aku bergaya tapi sakitkan diri. Itu adalah perkara paling malang dalam hidup seseorang sakit di dalam bergaya. Sebelum ni lebih selesa memakai selipar. Tapi, kesianlah abang keluar dengan awek yang memakai selipar. Owh, please la!! Seharian menghabiskan masa bersama. Tapi kebanyakannnya masa dihabiskan untuk temankan abang habiskan duit. Hehehe. Terima kasih abang untuk sandal, belanja makan, anak tudung dan semua la. Lepas maghrib tengok wayang. Banyak gelak tengok cerita tu. Sangat fun. Tapi, aku terlupa title movie tu. Janji memang best. Seterusnya makan lagi. Malam tu teringin nak makan sate. Apa lagi, jom belasah sate. Makan dengan rakusnya. Nyam nyam nyam. Sayang kat abang sangat-sangat tau. Terima kasih untuk percutian 3 hari 3 malam ni. Macam naik kapal Cruise pulak. Hehehe. Betul-betul macam bercuti.
Pagi ni hantar abang naik bas ke Menumbok. Tapi cuma di Taman Jumbo jela. Kena redha lepaskan abang balik. Sabar-sabar, jangan nangis.
muka abang menunggu bas...hehe...(lurve u so much)




0 comments:
Post a Comment