BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 29, 2010

NEW

create by nurulanizantasim

 
inilah hasil yang pertama

Teramatlah aku merajinkan diri di satu malam yang  dingin itu untuk membalut kotak-kotak yang ada dan menyimpan khazanah sumber ilmu tersebut ke dalamnya. Kesemua buku-buku telah aku simpan ke dalam kotak ini. Bear yang love tu my bie yang bagi dan yang satu lagi achik yang bagi. Gambar tu pulak gambar bie konvo. Yang bunga dan sewaktu dengannya member-member bagi masa konvo aku last two months.


    
the latest touch up 

Inilah hasilnya. Hasil tangan aku yng terakhir. Dah taktau mahu buat apa dengan bilik ni. It's not mine. Tak boleh berlebih-lebih mengemas dan buat decoration. Cukuplah untuk sedapkan mata sahaja untuk tidur. Ok?
 
 
    
                                                  tempat beradu miss ajie roll

I like green. Love it so much. Aku teruja gila dengan warna hijau,cokelat dan ungu. Banyak dah yang tampal-tampal kat bilik ni. Huhu
 
  

         
tempat peraduan yang kedua dikala kemalasan mendatangkan diri   

Selalunya aku akan melepakkan dan melenakna diri di bawah ini bersama Mr. Sponge Bob yang sangat comel. Lebih-lebih lagi masa untuk mengisi borang dan mengemas sijil-sijil. Tempat ni akan berselerak dengan kepingan kertas-kertas.
 


     
hadiah dari bie yang tertunggak

Dalam ni ada novel. Suppose aku yang kena sedia hadiah untuk bie, sebabnya my bie befday 28-06-2010 ni equal to 23years old. So old are you my sweetheart. Love you so much sayang. Instead, aku yang terlebey-lebey dapat banyak hadiah. Antaranya novel kat dalam bungkusan tu, cokelat yang kat bawah tu, dapat makan mcD lagi, sangat-sangat banyaklah hadiah yang aku dapat dalam masa terdekat ni.



     
nipon hadiah dari bie jugak

 
Cokelat selalu digambarkan sebagai hadiah paling mencairkan hati seorang wanita. Yeahhh. Dat's my boy. Hati bb cair seperti cairnya cokelat itu b. Mmmmmmuuuuuuaaahhhhhh. Masih belum habis dibelasah cokelat ini disebabkan balik kerja sangatlah penat. Sampai makan pon boleh jadi lupa. Sangatlah dahsyat.



    
 inilah novel yang kena balut kat atas tu

Novel ni pon aku tak start baca lagi. Baru sahaja membelek-belek. Dengan harapan cepatlah mulakan page yang pertama. Hehehe.





Baiklah pembaca sekalian. Harap maaf sudah lama tidak mengupdate bolg kesayangan ini. Bukan terlupa, cumanya masa sangat cemburu dengan diriku ini. Aku dah start kerja kat Servay Putatan as a Clerk Consignment. Nama glamour nak gempak. Ya ampun, kerja berlambak. Mata ni macam nak tercabut tengok PC dan juga nombor-nombor yang menjulingkan mataku ini. Sabar-sabar. Banyak sangat benda baru aku belajar. Aku tak kisah sangat penat tu. Aku happy sangat, sebabnya aku tak perlu fikir masalah aku yang menggunung tinggi tu. Aku pon dah tak perlu kacau my bie kerja lagi kan disebabkan inginkan perhatian.

Petang semalam dapat mesej dari seorang kawan. Mahu meminjam bahu aku untuk menangis. Aku tanya kenapa ni? Rupanya dah ditinggalkan pakwe. Dah tiga tahun couple putus macam tu sahaja? Lelaki tu dah ada perempuan lain. Kenapalah dia ni tak pandai serik. Dah pernah kena sekali lelaki tu buat macam tu, tapi masih lagi mahu diberi peluang.  Yang aku terkilan sangat dia habiskan duit gaji untuk lelaki tu, bayar kereta dan bayar macam-macam lagi sampai PTPTN pon dia tak bayar sebab lelaki tu. Aku sedih sangat bila dia cakap family dia sendiri langsung tak pernah rasa duit gaji dia. Aku cuma mampu bagi nasihat dan semangat untuk dia. Jangan pernah cakap tak boleh hidup tanpa dia, sedangkan kau yang tanggung sara hidup dia dari dulu. Masa dia menganggur lagi. Now, apa yang kau dapat? Dia lupakan pengorbanan kau macam tu sahaja. Langsung tak dapat layanan sebagai seorang awek. Tak pernah dipujuk, tak pernah makan sedap dengan pakwe sendiri walhal duit gaji sendiri, sanggup bawa bekal ke tempat kerja untuk berjimat? Aku tak boleh terima semua ni. Dating pon cuma duduk dalam kereta sahaja? Untuk apa hubungan sembunyi macam ni? Tolonglah jangan seksa diri kau lagi, aku mohon dengan kau. Kalau aku dapat tahu kau balik dengan lelaki tu, jangan harap kau panggil aku kawan lagi. Nampak dengan mata sendiri lelaki tu keluar dengan GF dia yang baru, sedangkan kau tak pernah merasa semua tu? Sedarlah! Aku masih ada kalau kau masih bersedih k. 


::Moral of the story::

Aku bersyukur dapat seorang lelaki yang masih menghormati aku, menyayangi aku sepenuh hati walaupon ada masanya dia tak dapat tunjukkan sepenuhnya kasih sayang yang dia berikan. Aku masih dilayan sebagai seorang perempuan yang perlukan perhatian dan disayangi setiap masa. Terima kasih sayang. Kita bermula dengan fasa yang pertama dahulu. Love u so much b.

0 comments: