create by nurulanizantasim
Rasanya minggu ini adalah yang paling teruk sekali dengan gangguan tidurku. Dalam perkiraan adalah dalam tiga ke empat hari aku langsung tak tidur malam. Semalam pon sama juga, terasa ingin lelap sekali tak mahu bangun-bangun tapi hasilnya sama sahaja mata ni terkebil-kebil. Bilalah aku dapat rasa tidur yang sangat lena untk diriku sendiri. Terasa sakit hati sangat-sangat bila ada insan yang dapat melenakan diri sampai ke pagi walau sampai jauh ke tengah hari. Yang aku pulak macam orang yang terseksa menahan mata ni tidur. Oh, tidak!! Aku bukan paksa berjaga tapi mata ni memang begini. Sehingga otak tidak berhenti bekerja. Aku pernah terdengar cerita orang yang pernah alami masalah yang sama dengan aku akhirnya dimasukkan ke rumah orang gila. Sebabnya, otak yang ligat berfikir sehinggakan berkomunikasi dengan diri sendri. Aiisshhh, aku jadi macam tu juga ka?
Skill memandu aku makin teruk rasanya, setiap kali aku memandu sahaja pasti akan ada kemalangan yang akan berlaku. Semalam sahaja hampir tiga kali aku nak accident. Kadang-kadang aku tetiba merenung jauh berfikir entah apa-apa. Bila sedar sahaja, kereta betul-betul depan mata ni. Kalau aku seorang dalam kereta tak apa. Tapi ada penumpang lain, that's means aku dah bahayakan nyawa orang lain. Aku bukanlah sengaja, entah kenapa macam tu.
Jiwa aku makin terseksa rasanya. Sangat-sangat kacau. Seperti aku dah taknak teruskan semua ni. Hidup aku dah makin complicated. Mood aku semakin merundum. Sangat-sangat serabut otak aku sekarang ini. Aku dah mula membenci seseorang. Rasa mahu belajar membenci orang tu. Entah kenapa lahir penyesalan dalam hidup aku ni. Bodohnya berkorban macam-macam tapi tak dapat setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan. Aku semakin malas mahu berfikir semua ni. Aku mahu tingalkan segalanya. Kenangan yang memeritkan. Aku benci semua kehidupan aku yang lepas. Titik. Aku mahu bermula dengan titik yang baru. Titik lama yang aku pilih tu penuh dengan liku, tak ada apa yang aku dapat setakat ini. Harapan tu makin terkubur. Tiada kepastian. Kalaupon tidak mampu laksanakannya at least bagi aku rasa tenang dengan jawapan-jawapan yang membina yang dapat beri aku cahaya untuk semakin menghampiri dengan harapan tu. Kenapa ada insan yang sangat bodoh seperti dia? Sangat buta untuk menilai. Habis untuk di sini.
P E R I T
B O S A N
M E L A R A T
M E N Y E S A L
K E S AK I T A N
K E M A R A H A N




0 comments:
Post a Comment