create by nurulanizantasim
Malam ni air mata mencurah-curah lagi. Lebih menyebakkan kejadian itu berlaku ketika sedang menikmati juadah berbuka puasa. Apa lagilah yang kamu tak puas hati dengan aku ni? Aku tak ganggu hidup kamu. Jadi, tolonglah jangan ganggu hidup aku lagi. Kenapa kamu tak puas-puas lagi ni? Bila engkau balik sini ja mahu bising hal kereta. Tolonglah sedar yang engkau tu dah banyak susahkan hidup mak abah tu juga!!!!
Ingat aku tak tau ka. Jual kereta abah engkau ambik kereta baru pakai senag-senang tapi tak sedar diri dah memang tak mampu. Tak mampu buat cara tak mampu. Tak cukup dengan tu, mengadu balik sini gaji tinggal berapa minta duit dengan mak abah. Tolonglah malu engkau tu dah ada anak bini la. Paling menyedihkan mak gadai emas dia untuk gril rumah engkau tu. Anak hapala macam ni yang menyusahkan mak bapak sampai dah kawen.
Setakat kereta buruk yang mahu masuk muzium tu engkau mahu bising-bising bole berambuslah bawa masuk kubur engkau. Jadi kenderaan engkau nanti. Engkau tak guna jadi anak lelaki tau. Anak lelaki sorang langsung tak boleh harap. Di mana engkau waktu orang lain sibuk bersihkan kubur mak simenkan kubur mak. Engkau tak tahu malu dengan semua tu?
Tak cukup lagi dengan tu yang aku kesalkan asyik cakap takda duit tapi pelik ya beli pancing ada duit. Pergi laut buang banyak duit ada pulak duit. Kenapa mesti ada manusia pelik, sombong, angkuh, tak sedar diri, memalukan orang lain tapi tak sedar yang dia telah memalukan dirinya sendiri tanpa sedar, aku benci manusia yang seperti ini.




0 comments:
Post a Comment