create by nurulanizantasim
JIKA DOAMU DIMAKBULKAN
TANDANYA ALLAH MENYAYANGIMU
JIKA DOAMU LAMBAT DIMAKBULKAN
TANDANYA ALLAH INGIN MENGUJIMU
JIKA DOAMU TIDAK DIMAKBULKAN
TANDANYA ALLAH MERANCANG YANG
TERBAIK UNTUKMU..
YAKINLAH!!!!!!
Kata-kata hikmah di atas cukup memberi aku kekuatan....
Hati ini bisa berkata. Bila dah bejanji wajib dipenuhi. Jangan hampakan hati orang lain biarpon hati sendiri yang merana. Macam tak betol bunyinya kan. Dalam keadaan macam ni patutkah lagi mahu terus stick dengan janji tu semua? Cuba bertahan selama yang mungkin. Tapi makin parah jawabnya. Tak boleh berterusan macam ni. Sakitnya aku seorang yang tahu. Aku cuba sebaik mungkin dan sehabis daya, tapi aku tak boleh bertahan lama. Cepatnya jiwa aku berserabut. Cepat sangat terusik. Salah aku jugak ka jadi macam ni. Hidup ni ada pilihan kata seseorang kepada aku. Tapi, kadang-kadang pilihan yang kita buat tu akan tambah jiwa kita lagi terseksa. Berpura-pura gumbira memang benar makan diri sendiri. Hipokrit adalah perkataan yang sangat sesuai. Berkata dengan orang lain bahawa kita sangat gembira dengan kehidupan kita walhal yang sebaliknya adalah perkara yang paling menyakitkan. Berusaha agar orang tersayang berasa gembira walaupon hakikat sebenarnya kita langsung tak rasa gembira tapi terpaksa berlakon gembira. Kenapa?
Hidup suatu pilihan?
Maaf jika entri kali ini melukakan perasaan seseorang. Bukan bermaksud, tapi sampai bila? Kadang-kadang aku tak boleh kawal perasaan sendiri, tak boleh kawal emosi sendiri. Tahukah dia betapa seksanya semua ni. Kadang-kadang rasa macam kalau boleh tak mahu jumpa dia selama yang boleh. Lebih kerap berjumpa tu meninggikan lagi risiko untuk aku terus berharap. Bukan berniat untuk berhenti berharap. Orang lain takkan pernah untuk faham apa sebenarnya yang aku rasa. Aku dah penat macam ni. Kenapa takda orang yang mahu faham? Sebenarnya aku dah penat mahu menangis, dah penat mahu tahan semua ni. Hari-hari menangis. Adakah orang yang tahan dengan kehidupan yang macam tu?
Berharap?
Menjadi orang yang mengharap sangat-sangat sakit. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut dengan diri sendiri. Takut cuma berangan sendiri. Sangat takut akan jatuh sendiri. Memang hidup ni suatu perjalanan. Kita sendiri kena pilih dan buat pilihan. Tapi, malangnya pilihan tulah yang bawa aku ke sini. Aku tak tahu sampai bila. Aku dah penat macam ni. Kenapa aku perlu terus macam ni? Aku dah penat menangis hari-hari. Aku dah tak mahu macam ni lagi.
Aku berhasrat nak tutup blog ni. Aku dah tak sanggup menulis kesedihan aku lagi dalam ni.
0 comments:
Post a Comment