create by nurulanizantasim
Mak...
dengan siapa lagi saya mahu mengadu ni
semua orang makin menjauhi saya
saya dah hilang kepercayaan dengan semua orang
saya dah tak tahu mahu mengadu dengan siapa
mahu bicara dengan siapa
siapa lagi yang sudi mendengar keluhan ni
menyelami perasaan ni
siapa yang mahu cuba faham setiap kali
perasaan sedih tu datang
siapa yang mahu faham setiap kali
fikiran ni mula memikirkan kehidupan yang tidak diingini
Mak....
saya bukan mahu hidup senang lenang
cuma berharap dapat keluar
dari hujan air mata ni
Mak.....
saya bukan membantah
saya cuma ingin rasa dijaga
seperti ada seseorang yang sentiasa membuat
diri saya di tahap yang selamat
Mak.....
saya tak berniat meminta yang bukan-bukan
tak pernah saya minta mak benda yang mahal
cuma doa yang selalu saya harapkan
Mak......
dulu-dulu bila mak doakan saya
doa mak cepat termakbul
tapi sekarang siapa yang mahu doakan saya??
ada orang cuma doakan saya perkara yang tidak baik
smoga saya sakit,smoga saya ditinggalkan,smoga saya tak berjaya dalam hidup
Mak.....
doa orang tu dah hampir termakbul
Allah makbulkan doa orang tu
Kalau mak ada mesti saya tak dapat doa yang tak sepatutnya kan
Mak....
saya sakit....
tapi takda orang yang tahu...
cuma saya seorang sahaja yang tahu
Mak....
kalaulah mak dapat baca semua ni
mesti mak sedih
mesti mak nangis
tengok anak mak ni diduga dengan ujian yang macam-macam
Mak...
saya tak pernah menyesal jaga mak lama-lama
walaupon saya dah lepaskan macam-macam rezeki yang saya ada
tapi saya menyesal kena hina macam-macam
dikata macam-macam oleh darah daging sendiri
Mak....
saya sedih....
tiap hari saya nangis
tiap hari ingat mak
kalau boleh saya mahu kerja 24jam supaya saya tak ingat apa-apa
kalau boleh saya mahu tidur sepanjang masa
supaya saya tak ingat apa-apa lagi
Mak....
saya dah berharap dengan orang yang salah lagikah??
kenapa saya sering silap berharap dengan seseorang mak??
Mak....
saya ni degil kan
saya berdosa tak dengar cakap mak kan
Mak...
ampunkan dosa saya
sebaknya puasa dan raya ni tanpa mak
tahun ni saya langsung tak buat apa-apa untuk raya
tahun ni dah tambah tak bermakna mahu sambut raya
Mak....
saya mau pergi jauh dari sini
saya dah taknak balik sini lagi
saya mahu tinggalkan semua yang ada di sini
saya mahu lupakan semuanya
banyak sangat kesedihan di sini
terlalu lama hati saya ni terluka
tapi mak tetap dalam hati ni
Mak....
tiap malam saya bawa tidur bantal kepala mak
mak pakai masa sakit terlantar berapa bulan dulu
menderitanya mak saya tengok macam tu
tiap malam saya peluk
dengan sehelai baju orang yang saya sayang
Mak....
saya dah lukakan banyak orang atau saya yang dilukai oleh ramai orang??
Mak....
air mata ni tak pernah lekang
setiap hari akan ada air mata yang gugur
Mak...
saya tak mahu nangis lagi
saya dah penat mak menangis setipa hari
Mak....
saya mahu senyum selalu macam dulu
mahu ketawa bergurau senda macam selalu
rumah ni dah sunyi sangat
dah tak macam dulu dah rumah ni
Mak.....
saya dah KEHILANGAN segalanya
saya sangat-sangat sedih ni mak....
Mak....
bacalah apa yang saya tulis kali ni...
saya ni macam orang yang tak betol ja suruh mak baca kan semua ni
Monday, August 16, 2010
MAK
Posted by NurulanizanTasim at Monday, August 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment