create by nurulanizantasim
Rasa sedih sangat-sangat sahur hari pertama. Terbayang-bayang wajah mak, kesibukan mak kejutkan pagi-pagi untuk sahur, sediakan makanan untuk sahur. Tapi sekarang dah jauh beza, kena sediakan sendiri, even untuk berbuka pon sama. Kalau nak lauk sedap-sedap masaklah sendiri. Selalunya memang tak sempatlah. Aku samapi rumah pon dah 1815pm, solat asar then itu ini dah pukul berapa. Akhirnya last choice goreng telur sahajalah. Mahu singgah bazar di mana-mana alamatnya asar pon tinggal. Akhirnya tinggalkan plan tu balik terus ke rumah.
Aku tak sabar untuk habiskan tahun 2010 ni. Cepat-cepatlah masa berlalu. Aku tak sanggup untuk terus stick macam ni. Tahun 2010 adalah tahun air mata untuk aku. Banyak sangat air mata yang aku tumpahkan tahun ni. Terlalu banyak kenangan yang teramat pahit dalam hidup aku. Banyak sangat perkara yang berlaku tahun ni. Terlalu banyak kesedihan dan air mata berbanding kegembiraan dan gelak tawa dalam diri aku. Pernahkah orang keliling aku mahu sedar semua tu? Apa mereka mahu kisah bukan ada kaitan dengan hidup mereka pon. Cuma buang masa tiada faedah untuk mereka. Kadang-kadang aku rasa kebaikan aku ni digunakan untuk kesenangan orang lain. Apalah ertinya hidup macam ni. Sentiasa kena ancam. Bila tak buat ada ja ancaman yang mahu dicakap. Takpa, aku tahulah itu senjata paling kuat dalam diri kamu. Ingat aku takut sangat untuk semua tu? Aku tak heran pon kalau aku tak kawen sampai mati. Aku tak kisah langsung!!!! Asalkan aku tak susahkan hidup orang lain.




0 comments:
Post a Comment