create by nurulanizantasim
Aku dah mula rasa perasaan ini mati. Tidak lagi seperti dahulu. Memang benar seperti mayat hidup. Dalam office pon aku masih lagi boleh menangis tapi sempat untuk aku cover dengan gurau senda bergelak ketawa ala-ala menangis. Padahal dalam hati Tuhan jela yang tahu.
Hanya untuk abang...
Tolonglah lupakan ayang. Tolonglah ayang untuk melupakan abang juga. Kita memang ditakdirkan untuk tidak bersama lagi. Cukuplah suka duka yang kita kongsi bersama setakat ini. Buanglah semua tu jauh-jauh. Usah lagi diingat kenangan mahupon janji yang kita buat. Kalau terdesak sangat anggaplah ayang ni berlaku curang dengan abang supaya mudah untuk abang lupakan ayang. Semakin banyak yang abang tahu rahsia hidup ayang, semakin abang jauh melupakan ayang, semakin abang tak memahami ayang, semakin abang alpa. Ayang tak salahkan abang sepenuhnya, mungkin ruang untuk ayang tu dah makin berkuang, abang dah makin banyak priority sekarang. Mungkin juga ayang terlalu mengharap dari abang, tapi abang seringkali menghampakan ayang. Ayang ak faham kenapa semua perkara nampak mudah bagi abang sehingga abang teramat lupa perkara yang sangat penting tapi cuma perkara biasa di mata abang. Dunia kita terlau berbeza. Hidup ayang terlalu sukar. Memang benar takkan ada orang yang akan dapat fahami ayang sebabnya orang tu tak pernah alami apa yang ayang pernah lalui, apa yang ayang pernah rasa. Tapi sebagai insan yang jadi tulang belakang ayang, yang selau bagi semangat untuk ayang, yang selalu dekat dengan ayang, kenapa abang tak dapat mahu rasa kepritan hidup ayang tu. Kenapa selalu pertikaikan ayang? Ayang bingung bila abang dah jadi macam tu, seolah-olah tak pernah kenal ayang, tak kenal siapa ayang, tak tahu latar belakang ayang. Banyak sangat kenangan suka duka yang kita kongsi bersama. Boleh diibaratkan biarpon sebiji gula-gula pon kita masih boleh makan dan kongsi sama-sama. Kenapa kita makin jauh? Abang pernah cakap sepatutnya "makin jauh tapi dekat di hati, tapi kita ni makin jauh , makin jauh di hati". Kalau ayang boleh berkorban yang macam-macam kenapa tidak abang? Bukan bermaksud untuk mengungkit, tapi sedarkah abang dah mula buat ayang rasa menyesal untuk pilih jalan hidup ayang untuk abang. Dah lama ayang pendam semua ni. Tapi biarlah keluar sedikit demi sedikit. Ayang sanggup ja buat apa untuk abang. Sampai ayang dah tak peduli apa orang cakap bila keluar dengan abang. Ayang dah tak kisah ayang balik jam berapa, tak balik pon takpa asalkan dengan abang. Sebabnya ayang memang tak rasa hidup dalam rumah ni, ayang tak rasa ayang ada dalam rumah ni. Ayang dah cuba untuk buang perasaan tu, tapi ayang tak boleh sebabnya semua orang dah mula buang ayang dulu. Kenapa ayang perlu terima juga bila dengan abang? Ayang tak minta banyak dengan abang. Abang selalu tersedar bila dah terlambat. Kenapa perlu tunggu waktu yang dah teruk baru mahu ambil tindakan. Ayang dah penat macam ni. Abang dah selalu buat ayang mengalir air mata, jangan seksa ayang lagi. Hampir setiap hari ayang kena nangis pujik diri sendiri. Kenapa masih rasa mahu itu ini untuk beratkan lagi baban ayang tu. Tak cukup beban lagi apa yang ayan rasa ayang alami setakat ni? kadang-kadang abang dah jadi orang luar bila keadaan kita dah macam ni. Perasaan ayang mati terus tatkala abang berkata ayang lebihkan kereta dari abang. Sedarkah abang ayang pernah naik bas pergi kerja asalkan abang dapat pakai kereta.
Terheni seketika tatkala air mata terus mengalir. Mengharapkan agar ada bait-bait yang akan membuatkan aku rasa lebih tenang. Ada suara yang akan tenangkan perasaan yang mati ini. Aku sudah tidak dapt berkata. Aku makin lemas dengan dunia sedih ini.
Terheni seketika tatkala air mata terus mengalir. Mengharapkan agar ada bait-bait yang akan membuatkan aku rasa lebih tenang. Ada suara yang akan tenangkan perasaan yang mati ini. Aku sudah tidak dapt berkata. Aku makin lemas dengan dunia sedih ini.




0 comments:
Post a Comment