create by nurulanizantasim
I got my first salary today. Macam tak percaya dapat makan hasil titik pelu sendiri. Biarpon tak seberapa tak setimpal dengan kelayakan aku, at least aku berpuas hati tak perlu duduk kat rumah macam kuli tak diberi gaji.
Entah kenapa hari ni tetiba terfikir something memang sangat related dengan title aku kali ni. Kenapa, kenapa, kenapa, dan kenapa? Itulah persoalan yang bermain di fikiran aku sejak beberapa menjak ni. Aku mula sedar kenapa mak biasakan aku hidup susah. Sampaikan nak minta RM10 pon punyalah mak nak berkira dengan aku, kena dengar leteran macam-macam, kena marah itu ini. Akhirnya aku dapat jawapannya ketika ini.Mungkin mak tahu aku akan berasa susah untuk mendapatkan duit kalau-kalau mak takda nanti. Dah tahu perangai adik beradik aku yang macam-macam tu kan. kadan-kadang aku pelik la, aku ni masih belajar takkan tak boleh nak minta duit. Yang lain tu dari kerja sampai dah kawen beranak pinak still dapat duit dari mak abah, dapat itu ini, deposit kereta pon kena bagi, mahu kawen pon kena bagi duit. Yang aku ni, apa yang aku dapat? Semua kena usaha sendiri. At least, takdala hal yang perlu diungkitkan kan kalau aku macam ni. Dari dulu mak biasakan aku usaha sendiri apa yang aku mahu. Mak biasakan aku hidup berdikari. Start aku sekolah menengah, baju raya pon aku kena cari sendiri. Tersentuhlah juga hati ini tatkala member yang dah masuk umur 25 tahun pon still mak belikan kain tolong jahitkan apa semua. Yang aku pulak? Sendiri mahu ingatlah. Sehinggakan kadang-kadang terfikir macam orang luar ja duduk dalam rumah ni.
to be continue.......




0 comments:
Post a Comment