BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 10, 2010

MOOD RAYA

create by nurulanizantasim

I'm back..........
A lot of story.........

Semua dah sibuk cerita hal puasa dan raya. Sedangkan aku langsung tiada mood mahu buka topik ni. Semua dah busy buat baju raya, biskut raya, dan macam-macam lagilah yang ada kaitan dengan raya. Sedangkan aku tak fikir langsung pon hal tu. Kalau boleh masa raya tu pon aku mahu kerja. Kalaulah boleh. Tapi aku rasa boleh ja. Ambil part-time. tawaran dibuka sekarang. 

Hari ni befday abah. Esok pula dah start puasa. Terasa macam kejap ja semua yang berlaku dalam hidup aku baru-baru ni. Macam baru semalam mimpi buruk tu aku alami. Aku dah penat fikirkan orang lain, jaga hati orang lain. Kali ni aku dah betul-betul tekad dengan hidup aku. Memang tak mahu berjauhan dari dia. Tapi aku dah penat hidup macam ni. Penat macam menagih simpati dengan orang lain. Aku mahukan hidup yang normal. Kalau sampai hujung tahun ni 25 Disember 2010, plan tu tak dapat dilaksanakan, aku pon tak dapat juga kerja yang setimpal dengan kelulusan aku, aku mahu berhijrah juga. Walau apapon caranya, walau apapon halangannya. Aku tak mahu terus stick macam ni. Aku teramat sangat penat hidup macam ni. Aku mahu pergi sejauh mungkin. Aku tak tahan hidup macam ni lagi. Aku tak mahu berterusan macam ni lagi. Aku cuma dapat rasakan inilah jalan hidup aku yang terakhir. Aku ingin cuba lupakan semuanya. Aku inginkan permulaan yang terjadi bukan di sini.

0 comments: