BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 19, 2010

THE HARDEST WORD

create by nurulanizantasim

Kadang-kala kita terlupa bahawasanya kita juga silap, tapi kita takut untuk mengiyakannya. Adakah perasaan ego itu semakin menguasai diri aku? Itukah caranya untuk aku pertahankan diri aku? Tapi bila aku fikir kembali dan renungkan kenapa aku buat macam tu, salahkan aku buat macam tu sedangkan semua orang cuma ambil mudah situasi aku. Tak pernah untuk menyelami, cuma sekadar menjenguk. Mungkin juga orang cuma anggap sekadar tahu cukuplah tapi tak perlu bertindak. Betulkah cara tu?

Bukan setakat orang lain, aku juga bingung dengan setiap tindakan yang aku ambil. Aku seakan-akan sering memberontak. Kenapa tak pernah faham. Tak perasankah dengan keganjilan sikap aku yang macam tu. Aku jadi begitu sebab kecewa. Kecewa dengan setiap tindakan yang diambil tu sering terlambat. Selalu tak seperti yang aku fikirkan. Aku tak faham kenapa perkara kecil pon langsung tak dapat nak fikir. Bermain lagikah dengan perasaan ego tu. Sedangkan kita sama kehidupan yang kosong bila berjauhan cuma bezanya aku perlu berdepan dengan pelbagai masalah, persekitaran yang amat aku tak selesa dan inginkan. Susah sangatkah untuk mengerti? Janganlah butakan mata hati tu lagi untuk memahami,menilai mahupon merasa.

Semakin lama yang engkau tahu rahsia dan perjalanan hidup aku ni, aku dapat rasakan  yang engkau makin tak memahami aku. Bukankah begitu? Bukankah sepatutnya engkau lebih mengenali siapakah aku setelah sekian lama? Betulkah ungkapan yang mengatakan "perhubungan tidak mengenal batas waktu". Begitulah juga di dalam hubungan percintaan yang tidak mengenal jangka masa hubungan itu terjalin. Ada orang yang mengenali serta memahami pasangan walaupon baru kenal sebulan dua. Tapi itu bergantung dengan usaha masing-masing untuk lebih memahami. Bergantung juga dengan sikap toleransi serta tahap kesedaran yang tinggi. Bila dah sorang marah kenapa sorang lagi nak marah sama? Hasilnya tercetuslah perang dunia buat kali ke berapa entah. Aku seorang yang penuh emosi, mudah tersentuh dan terasa. Be aware wif ur words, it may cause the hardest situation for us. Aku sering tersentuh dengan ayat yang tidak munasabah.

0 comments: